Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for food industry professionals · Wednesday, April 23, 2025 · 805,775,137 Articles · 3+ Million Readers

HOFA Mengumumkan Digital Art Awards Baharu, Menjalinkan Kerjasama dengan PhillipsX sebagai Rakan Pameran

/EIN News/ -- Sougwen Chung, 'SPECTRAL - Oscillation 1', 2024, Acrylic on Perspex, Dicipta dengan D.O.U.G._5 Bespoke Robotic System, 152.5 x 152 sm (Imej ihsan Phillips & HOFA)

LONDON, April 23, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- HOFA Gallery mengumumkan pelancaran Digital Art Awards, sebuah inisiatif kerjasama bersama rakan pamerannya, PhillipsX. Menandakan permulaan era baharu dalam pengiktirafan seni digital. Acara ini meraikan amalan inovatif di persimpangan seni dan teknologi termasuk AI, media imersif dan generatif. Majlis anugerah akan berlangsung pada 15 Mei 2025, menampilkan empat kategori utama iaitu Imej Pegun, Imej Bergerak, Inovasi dan Pengalaman, dan diikuti seterusnya dengan pameran awam yang dianjurkan oleh Phillips di London dari 16 hingga 22 Mei 2025.   

Sebagai kemuncak kalendar seni musim bunga London, anugerah sulung itu meraikan kepentingan budaya seni digital yang semakin ketara dan menonjolkan artis yang mentakrifkan semula budaya visual melalui estetika algoritma serta kerjasama antara mesin manusia. Di pameran tersebut, para pengunjung boleh melibatkan diri dengan karya seni dan idea yang membentuk masa depan seni digital.

Dua puluh finalis antarabangsa akan dipilih berdasarkan karya mereka yang melangkaui sempadan kreativiti digital. Setiap kategori pemenang akan menerima komisen sebanyak $10,000 USDC untuk setiap karya seni baharu. Finalis serta pemenang akan dipilih oleh panel pakar terkemuka dalam seni dan inovasi.

Beberapa tokoh terkenal dalam seni digital dan generatif seperti Sarah Meyohas, Sougwen Chung, Emily Xie, Operator dan Kevin Abosch telah membuat permohonan awal. Ini memperlihatkan bakat luar biasa yang tertarik kepada anugerah ini.

Pameran awam yang dianjurkan oleh Phillips akan menampilkan karya pemenang daripada setiap kategori, bersama pilihan karya terpilih daripada beberapa finalis, seterusnya menawarkan spektrum inovasi memacu seni digital.

Anugerah ini dibina berdasarkan kejayaan SPACES, siri pameran jualan HOFA yang dianjurkan oleh Phillips melalui platform pameran jualan mereka, PhillipsX. Inisiatif ini didedikasikan untuk memperjuangkan artis di persimpangan seni, sains dan teknologi. Artis yang memenangi anugerah ini juga akan menyertai program tersebut, dengan karya baharu mereka dipamerkan di pameran, ekspo dan kerjasama institusi terpilih.

Digital Art Awards dengan bangganya disokong oleh Digital Cultural Fund Hivemind Capital Partners. Hivemind komited untuk memperjuangkan artis digital yang telah dikenali sambil memupuk bakat baharu dan membina asas ekonomi yang mampan bagi ekosistem seni digital yang semakin berkembang. Rakan kongsi lain merangkumi ApeChain, platform global untuk pencipta dan penggembira budaya generasi seterusnya serta bank kripto global, Amina.

Elio D'Anna, Pengasas Bersama HOFA dan Digital Art Awards berkata: "Digital Art Awards mewakili pengiktirafan penting bagi artis yang akan membentuk masa depan. Melalui kerjasama kami dengan Phillips, kami komited untuk memperjuangkan inovasi dan menyediakan platform kepada bakat yang berwawasan untuk mentakrifkan semula seni dan teknologi.”

Emma-Louise O'Neill

emmalouise@thehouseoffineart.com 

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7cb454d1-8949-4da1-8994-43ab283d40af


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Culture, Society & Lifestyle, Media, Advertising & PR ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release